Pengenalan

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

 
Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:-

1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. 





1.  Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.

       2.Ada berbagai teknik lukisan seperti:
      -garisan silang,
      -garisan berombak,
      -garisan selari,
      -garisan menyilang
      -garisan kontur.
      -teknik coreng,
      -teknik gosok,
      -teknik titik,

      -teknik lorek,
      -teknik campuran.


 Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.