Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 3.

Mata pelajaran          :           Pendidikan Seni Visual
Tahun                         :           3         
Bidang                        :           Menggambar.
Tajuk                          :           Montaj.
Masa                           :           60 minit


Objektif modul            : -

Guru dapat mengajar murid menghasilkan satu gabungan gambar aktiviti sukan dengan menggunakan teknik montaj.


Objektif P&P :  Di akhir P&P ini murid akan dapat:-

1. Memahami konsep montaj
2. Memilih gambar-gambar yang sesuai dan menghasilkan gambar dengan teknik montaj.
3. Menggunakan bahan-bahan cetak bagi menghasilkan karya dalam aktiviti menggambar.


Keperluan       :  # Alat; Gunting
                           # Bahan; Gambar-gambar permainan (bhn bercetak).


Prosedur          : 

*Guru menentukan aras pembelajaran dalam P&P
*Guru merancang strategi P&P dengan menerapkan Teori Konstruktivisme, Teori Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dan Pembelajaran Masteri.

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4.

Mata Pelajaran     :         Pendidikan Seni Visual
Tahun                    :         4
Bidang                   :         Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti                 :         Membina (Cantuman) Stabail
Tajuk                     :         Arca
Masa                     :         60 minit

Objektif:                Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
1.    Mengenali bentuk-bentuk arca
2.    Menghasilkan sebuah arca dengan menggunakan beberapa jenis kotak.

Keperluan:             1.  Alat – Gunting, stapler.
2.    Bahan – Kotak kecil, gam
3.    Rujukan :
o  Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR
o  Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
o  Maklumat daripada Internet

Prosedur:    
§  Guru perlu merancang strategi pengajaran dengan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.
§  Guru menentukan aras pembelajaran dalam P&P.
§  Pelajaran dimulakan dengan soal jawab tentang bentuk-bentuk yang ada di dalam dan luar bilik darjah.
§  Tunjuk cara dan bimbingan
§  Apresiasi dan refleksi.
 

Butiran Kegiatan


Hasil Pembelajaran

Kemahiran generik/nilai
Aktiviti 1
Soal jawab tentang bentuk-bentuk konkrit yang ada di dalam dan di luar bilik darjah.








Mengenali bentuk-bentuk konkrit.


Aktiviti 2
Mengumpul kotak-kotak pelbagai saiz dan bentuk.
Aras 1
Murid menentukan jenis dan saiz kotak yang hendak digunakan.

KBKK
-mencirikan
Aktiviti 3
Menunjukkan cara mencantum bentuk-bentuk konkrit pelbagai saiz.
Aras 2
Murid memulakan proses membuat arca (proses mencantum) mengikut kreativiti mereka


 









Teori Kecerdasan Pelbagai
-Visual-Ruang
Aktiviti 4
Membimbing murid mencantum dan menyiapkan arca.


Sesi Apresiasi dan Refleksi: murid memperagakan hasil karya mereka.

Aras 3
Murid menyiapkan hasil karya arca

Pembelajaran Masteri